Monday 13 February 2012

SELAMATKAH BAYI PEREMPUAN MEMAKAI CEKAK RAMBUT?

Ramai ibu yg suka memakaikan cekak rambut pada bayi perempuan mereka. Perlakuan sebegini sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada risiko. Ini adalah kerana cekak rambut yg digunakan diperbuat daripada elastik,yang boleh menyekat peredaran kepada folikel rambut kulit kepala. Lama-kelamaan, kehilangan rambut akan berkekalan. Cekak rambut yg ketat juga boleh menyebabkan bayi sakit kepala. Akan tetapi, jika anda masih mahu memakaikan cekak rambut pada bayi, pastikan cekak itu tidak ketat, betul2 muat pada kepala & tidak mencengkam kulit kepala. Perhatikan kulit kepalanye, jika warna kulit kepala bayi berubah, ini bermakna cekak rambut tersebut terlalu ketat.









No comments:

Post a Comment